Saturday, January 22, 2011

Sinis Yang Manis



                              Aku menyampah gler dgn org yg suka judge diri aku
                                     based on pakaian aku..tolong r beb..kita mst r 
                                             berpakaian ikut kesesuaian majlis kan??
                                              ni duk sebok perli2 kain x cukup laa
                                                     apa laaa...bengang dowh!!
                         

A'ahh.aku mmg sokong ngko.. dorang xtau pentingnya
 berpakaian ikut majlis ni. smpai mse nti kite SEMUA  
kne pkai ikot ksesuaian mjlis .
sume pkai wne puteh,tutop hbes. xyah risau xckop kaen,
 designer profesyeneL da uko baeK punye kte pnye kaen 
KAPAN d hari pengKEBUMIan nti. 
Siap tlong pkaikan lg tu. pakej!tapi ye laa..dorang xtau..dorang kan kolot
ngko je yang tau~~~

Amboii..!!!sedap nyer ngko punya bahase..agak2 r beb!!


Bahase mne? aku pkai bhse sukesukeHati, 
xreti gune bhse2 memikat hati~ 


P/s: sabda Rasulullah S.A.W kepada Asma' Binti Abu Bakar,
"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila
telah baligh,maka tidak boleh baginya menampakkan
kecuali ini dan iini", seraya menunjukkan wajah dan telapak
tangannya. (HR Abu Daud)








                                                                                     

Monday, January 17, 2011

Hawa



HAWA…….


Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….
Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….
Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….

Oleh itu HAWA…..


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu…
Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu….cukuplah hanya cinta kepada Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu….biarlah hanya cinta daripada kedua orang tuamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu….cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu…

HAWA


Cintailah Allah dikala susah & senang….kerana kau akan peroleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah…
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah…
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga….
Jangan sesekali tangan yang akan mengggoncangkan dunia boleh menggoncangkan iman lelaki….

HAWA….



Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua orang tuamu…
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu…
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah……
Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa…lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya …lelaki yang warak tidak menilai waniat melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki….
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya…



Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita hanyalah untuk sebuah perkahwinan dimana hanya semata-mata mengikut Sunnah Rasullullah SAW………..





Sunday, January 16, 2011

Philosophy n Me =)




How to know whether or not you have found 

your own identity?




You have a stable identity when you are not 

too conscious on what others think about 

you!!


Thursday, January 13, 2011

Pelajar Vs Cikgu


Keruntuhan akhlak..keciciran akademik dalam kalangan pelajar sekolah..salah siapa?
Salah cikgu kah? ibu bapa kah? media massa kah?
Bila tanya cikgu..cikgu kata salah ibu bapa
Tanya ibu bapa..mereka salahkan cikgu pulak..
Semuanya saling salah menyalahkan..ish3

Dari hasil pembacaan ..saya mendapati kebanyakan pelajar yang terlibat dalam masalah sosial adalah pelajar yang lemah dalam akedemik dan terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.Jadi di sini saya tertarik untuk mengupas dua kritikan pelajar2 terhadap guru yang kononnya menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan kesalahan disiplin seperti ponteng (kelas atau sekolah), merendahkan motivasi mereka untuk belajar hingga akhirnya menjejaskan pancapaian akademik mereka dan seterusnya menjadi salah satu sebab penyumbang mereka terjebak dalam gejala sosial. 

Kritikan ini adalah hasil daripada soal selidik (secara x formal) seorang pelajar perguruan yang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah menengah.

Kritikan Pertama

Dikatakan cikgu lebih memberi perhatian kepada pelajar yang pandai., 
pelajar kelas pertama dan cikgu memandang sinis pelajar2 kelas bawah..pelajar2 yang nakal.

 Saya rasa ini adalah perkara yang normal..(pelajar kelas bawah akan kata cikgu lebih beri perhatian kepada pelajar kelas pertama..manakala..dalam kelas pertama pula pelajar yang quite pasif atau lemah akan kata cikgu lebih beri perhatian kepada pelajar yang dapat ranking top 10 or top 5 di dalam kelas)...jadi cakap2 seumpama ini seolah2  sudah menjadi rutin..Kalau kita fikir2kan secara realitinya semua orang, termasuk kita sendiri  akan suka kepada benda yang elok, bagus..so kenapa perkara2 seumpama ini sangat2 menjejaskan emosi serta fikiran kita?? y not kita jadikan situasi ni sebagai motivasi kepada diri kita untuk berusaha jadi lebih bagus..berusaha membuktikan bahawasanya diri kita bukan laa "nothing" dan cikgu rugi kerana mengabaikan kita  (^_^). Saya rasa begitu lagi baik daripada kita bermuram..melayan perasaan sensitif yang kadang2 x bertempat. Ada pelajar yang kata.."cikgu x suka saya jadi malas laa saya belajar"..nonsense!!
Adakah kerana cikgu xsuka kita..x layan..xramah n mesra dgn kita menyebabkan kita malas belajar..?? ye x dinafikan mungkin kita akan kecik ati..rendah diri tapi adakah ianya berbaloi menggadaikan masa depan kita demi melayan perasaan yang sementara ni..? ye sementara kerana lepas tamat sekolah kita kebarangkaliannya da x jumpa cikgu-cikgu sekolah kita..tapi ilmu yang kita belajar di sekolah tu sampai mati kita akan bawanya bersama kita..so mana lebih penting? 

In the other hand..cikgu juga harus refleksi diri. Tidak salah cikgu mempunyai kelas favourite..pelajar favourite mereka sendiri tetapi ini x bermakna cikgu  boleh mengabaikan pelajar2 lain.Mengabaikan di sini maksud saya mengajar secara acuh x acuh..xmasuk kelas..dan sebagainya. Hal ini kerana bilamana seseorang itu memilih guru sebagai profesion mereka..mereka secara tidak langsung telah terikat dengan tanggungjawab dan amanah untuk mendidik dan mengajar semua pelajar di bawah autoriti mereka..saya tekankan di sini semua  pelajar bukan nya sesetengah pelajar! Tidak kira la pelajar itu pandai atau kurang pandai..aktif atau pasif..mereka semua adalah amanah kepada para guru, jadi mereka harus dididik dengan sebaik-baiknya.Guna laa segala pendekatan atau strategi yang telah dipelajari semasa menjalani kursus perguruan semaksimum mungkin.  Memandangkan cikgu menjadikan profesion ini sebagai mata pencarian mereka..iaitu mereka dibayar untuk mengajar..maka cikgu perlu laa mengambil kira soal halal haram gaji yang diterima. Cikgu dibayar untuk mengajar dan mendidik..jadi kalau cikgu tidak melakasanakan amanah dan tanggungjawab cikgu..bagaimana status bayaran yang diterima cikgu itu??

Kritikan Kedua


 Pelajar kata cara cikgu mengajar x best.
    
Ye..saya sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Tapi bagi saya itu bukanlah alasan untuk kita ponteng kelas atau pun menghindarkan diri dari subjek tersebut kerana bagi saya belajar itu memerlukan proses 2 hala..dimana cikgu memberi semaksimum yang mungkin kepada pelajar manakala pelajar pula harus berusaha untuk menyerap atau memahami dengan semaksimum mungkin apa yang diajarkan oleh guru kepada mereka.
Proses P&P akan berjalan dgn efektif sekiranya situasi ini wujud dan kurang berkesan jika hanya satu pihak sahaja yang memainkan peranan. Cikgu yang beriya2 mengajar,,tapi pelajar buat selamba derk..xjalan gak..
sama jugak kalau budak punya laa semangat nk belajar..cikgu pulak yang acuh x acuh je mengajar. so..jalan yang boleh pelajar ambil sekiranya mereka menghadapi situasi seperti ini adalah dengan menggandakan usaha kita seperti ulang kaji sendiri atau cari nota tambahan bagi subjek yang diajarkan oleh guru x best itu..jadi dengan cara ini kita dapat menyeimbangkan kekurangan yang diwujudkan oleh guru terbabit.
Sama jugala kepada cikgu..bila mereka mengajar pelajar yang lemah dan nakal..mereka harus melipat ganda kan usaha mereka..mempelbagaikan teknik pengajaran bagi menyeimbangkan kekurangan yang terdapat pada pelajar tersebut.

p/s : kalau pelajar tu ponteng sekolah..atas alasan cikgu mengajar x best..boring..logikkah? takkan semua cikgu x best? paling x sorang dua je kot..so mungkin anda la yang x best sebenarnya ...huhu..

Jadi konklusi yang boleh dibuat disini adalah kedua2 cikgu dan pelajar harus berusaha untuk saling memberi dan menerima ilmu.Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..hehe
Selain itu saya turut berpendapat bahawa nilai empati itu sangat penting untuk dipraktikkan..maksudnya,,meletakkan diri kita dalam situasi orang lain..pelajar tidak boleh mengharap cikgu menjadi seorang yang sangat best mengikut kehendak mereka..kerana cikgu hanyala insan biasa yang ada personaliti mereka tersendiri.Hormatilah guru walau mereka mungkin terlepas pandang akan kehadiran dan kelebihan kita..tetapi hormatilah dan hargailah mereka atas ilmu yang diberikan kepada kita.Cikgu pula xboleh mengharapkan semua pelajar pandai dan mudah "pick up" apa yang cikgu ajarkan..apatah lagi membenci pelajar yang lemah kerana  sebab utama anda di situ untuk mengajar mereka..kalau mereka x pandai..ajarkan mereka sehingga mereka pandai. 



"Jangan sekadar pasang telinga, tanpa usaha memasang tali."
                                 

 "Sekiranya binatang liar diikat dengan simpulan, ilmu ditambat dengan catatan."

Monday, January 3, 2011

Sesak Minda

  • Pernah x rasa susah hati..tp x tahu apa perkara yang menyusahkan tu?
  • Kenapa kita (mungkin saya sahaja) take sb who care about us for granted ?

  • Kenapa susah nk terima pendapat yang berbeza?

  • Seorang kawan bertanya ..apa sebenarnya peranan kita??saya jawab..ntah..(pagi2 xde mood nk bercakap..mood ngantuk masih lagi terON)

  • Bilik kuliah..ada sorang dak ni cakap..kita perlu tetapkan diri supaya x tenggelam dalam masyrakat?saya terpikir..macam mana tu?

  • Bahasa jiwa bangsa??ye ke??

  • Elegan, persaingan, kematangan itu bagaimanakah??

  • Dia sudah,,,saya bila lagi??

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru Semester Baru!!


Alhamdulillah..Syukur kepada Allah SWT. saya.masih lagi diberi peluang bernafas pada tahun yang baru...harapnya dgn meningkatnya usia..amalan saya turut meningkat...hehe..kalau mengikut tahun,,maka sekarang saya sudah berusia 22 tahun!..macam x percaya..kalau masa sekolah2 dlu rasa org yg umur 22 tahun tu dewasa sgt...tp bila sendiri dah sampai umur ni...macam x dewasa pun saya,,hua3..

Macam biasa.setiap kali tahun baru mesti org akan tanya apa azam thn baru???seperti biasa jgk..mcm2 jwpn ada,,,tp sesungguhnya sepanjang usia saya ni..sekali je pernah azam itu menjadi nyata,,,hahhaa,,tahun ni x tau laa...hopefully berjaya ditunaikan..hehe tgk la camna nnti,,,

Bercakap plak mengenai semester baru...adess...penat kot sem ni...
Sebelum balik kolej pagi td semangat dah berkobar2 ni nk memulakan sem baru..sekali sampai kat kolej..hallamak...beratur  nak naik lif cam nak beli tiket konsert,,,maka semangat yg membara td semakin tergugat,,haha..maka terpaksa saya mendaki tangga ke tingkat 6..dgn beg yg berat,,,huhuu....

Brg2 dlam stor x angkut lagi,,bilik x kemas lagi...,esk dah la kls kul 8 pagi....layan blog leh pulak..huhu...sabau je laa...~harus mengemas sekarang~