Sunday, October 31, 2010

Life : Nak Tengok Bola..(T_T) Part 2

  

  Memandangkan isu bola sepak Liga Malaysia masih lagi hangat diperkatakan..jadi saya tergerak hati untuk mendapatkan sedikit info tentang sukan bola sepak ni. Hasil daripada pembacaan saya..terdapat pelbagai spekulasi mengenai sejarah sukan bola sepak..antaranya:


  1. Sejarah bola sepak dikatakan bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.
  2. Menurut Bill Muray, pakar sejarah sepak bola, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, sepak bola sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.
  3. Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.
   Selain itu saya juga tertarik dengan fakta (atau mungkin juga pandangan semata2) tentang mengapa manusia mudah tertarik dengan permainan berunsurkan bola.Seorang pakar psikologi mendakwa bahawa   manusia memang suka kepada benda yang berbentuk bulat. Kalau kita perhatikan..bayi dan kanak-kanak akan suka bermain dengan sesuatu yang mudah bergolek berbanding benda berbentuk lain. Malah, jika menghadapi tekanan kita disarankan memegang bola, guli atau seumpamanya untuk menghilangkan tekanan tersebut. Jadi x hairan laa kalau sukan bola sepak digilai ramai..[logo yahoo messenger pun bulat..hehe..no wonder la kan klu jadi "hantu" chatting..=)) ]

  Jadi persoalannya di sini..adakah salah kita menonton/ meminati sukan bola sepak? Menurut pendapat saya..tidak salah kalau sekadar meminati..tetapi jika sampai tahap fanatik tu..mungkin boleh menjadi salah laa..bak iklan coca cola tu..makan bola..tidur bola..segala-galanya bola laa.Kita boleh lihat sendiri senario harian masyarakat kita,,di kedai kopi..bilik darjah dan boleh dikatakan di mana2 tempat org sibuk memperkatakan tentang bola.Lebih hebat lagi bila menjelangnya World Cup..sanggup tak tidur nk tengok game bola. Mungkin akan ada yang bertanya,,salah ke x tidur?hehe.. x salah tapi perasan atau tidak..di sini kita boleh membuat perbandingan. Pernah ke kita x tidur sebab nak mengaji Al- Quran? pernah x kita kunci jam sebab nak bangun solat tahajud di sepertiga malam? pernah x kita rasa x sabar2 nak tunggu waktu solat ?( bulan puasa je laa sume x sabar tunggu waktu maghrib).Pernah tak?Jadi di sini sebenarnya jelas menunjukkan kita lebih mementingkan urusan dunia daripada urusan agama/akhirat.Ingin saya tekankan di sini..xsalah meminati atau bermain sukan bola sepak atau apa2 sukan kerana x dinafikan sukan mampu memupuk semangat kerjasama..perpaduan dan mendatangkan kesihatan selagi kita meletakkan agama dan syariat Islam di puncak teratas kehidupan.
   
    Itu al-kisah lelaki..perempuan pulak..lebih kurang jugak sebenarnya..mungkin mereka x sebok2 pasal bola (biasanya wanita sebok2 hal pemain bola je..mane yg hensem dia kenal la..yg x tu..almaklum laa..huhu) tapi trend hariannya berkisar pasal cinta..make up..haa..lagi satu..band korea..suju laa snsd laa..ape2 laa..(wah tau plak saya..kui3)

   Dipendekkan cerita..susah laa nak jumpa orang/komuniti yang duduk bersama-sama membincangkan masalah atau persoalan agama.Malahan kat masjid/surau pun masih lagi rancak mereka membincangkan hal duniawi..Lebih menyedihkan bila mana orang2 yang cuba menghidupkan agama diperlekehkan oleh saudara seagama sendiri..mula laa terdengar suara2 berkata "eleh..macam bagus sangat ".."kolot gler dgr nasyid" .."ermm..xpe laa..awk je laa jadi baik..saya biarla masa menentukan" ..sungguh sampai hati mereka berkata begitu..tidak sedarkah mereka agama yang diperjuangkan/ dihidupkan oleh mereka yang menyampaikan itu adalah agama mereka jugak!

   Saya mungkin orang yang tidak layak untuk membicarakan hal ini atau mengkritik sesiapa pun jua tapi coretan ini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri ( yang juga tergolong dalam situasi di atas) dan kepada para sahabat seagama sekalian. Jika ada salah silap yang saya lakukan samada sedar atau tidak..saya juga mengharapkan teguran dan nasihat daripada rakan2 sekalian.Tidak salah kalau kita saling tegur-menegur ke jalan kebaikan kan? ^_^.  

   Mungkin jugak apabila membaca ini, ada yang akan kata..ada aku kesah????hehe terpulang..tapi saya kisah..kenapa saya kisah?? menjawab persolan ini..saya meminjam kata2 saudara Hilal Asyraf di dalam novelnya yg bertajuk Sinergi.
                                                                                     
                                                                                  
 kenapa saya kisah..kerana:

"Aku dengan kau 
adalah tanggungjawab aku kepada Allah SWT.
Kenapa aku tidak melepaskanmu?
Jawapannya hanya satu
Sebab aku saudara kamu."


p/s :  " Dan berikanlah peringatan , sesungguhnya peringatan itu bermanfaat 
untuk orang yang beriman" (Adz- Dzariyyat : 55)


Life : Nak Tengok Bola..(T_T) Part 1

kisah suatu malam ( 30 /10/2010)

" ish..malam ni bola laaa..final tu
mesti laa nk kena tgk..camaner yep??"

pastu kebetulan housemate ajk g beli makanan..dan sy setuju laa nk teman..
sbb kt kedai makan mst ada tv..dan mesti laa leh tgk bola..kui3  

"haa..boleh je..no hal..
kebetulan akak pun nk beli mknn gak"

kt kedai tu..dalam hati punye laa harap..supaya lmbt laa skit abg tu masak
so leh laa tgk lame skit bola..hahha..tp malangnya..cpt pulak dia
masak ari tu huhuh..pastu masa nk byr kat kaunter tu..dan dan je pemain n.9 rembat gol
aiyakkkkk..kuciwa seketika..

"oh..tidakk..nehi he babuji....uhuk2"

pastu..saya pun balik laa ke bilik..hajat d hati mmg nk stay tgk bola..tp 
memandangkan ramai lelaki2 di situ,,maka..sy memilih utk balik laa
tp dalam hati..meronta2 rasa jiwa nk tgk..ahaksss
pastu nk hilangkan rasa stress tu..saya ber ym-ing laa seketika..
tp ttp x leh tenangkan perasaan ni
(sbb ada kwn saya tu kannn....dia provoke,,kata kelantan sure kalah laa..)


"haishh..bolaa bolaaa..mintak2 laa menang..fuhh"

dan beberapa minit.(atau jam) kemudian..kawan ym saya memberitahu bahawasanya
Kelantan menang,,haha,yess yess dan yess lagi,,,

"yeayyyyy...!!!"

gembira x terkata mendengar berita itu,,setelah sekian lama..berjaya jgk team bola
sepak Kelantan meraih kemenangan..terharu jgk tgk sokongan drp org2 kelantan
yg sanggup g ke stadium walaupun mereka duk jauh..demi nk support team bola sepak kelantan.
dan,,malam tu sy leh tdur dgn happynya..hilang dah rasa kecewa sbb xleh tgk game terbabit..

"kroh2. hiu hiu hiu..."

p/s : seketika saya berfikir.. keresahan hati memikirkan kemenangan team bola
 sepak pilihan adakah sama dengan keresahan hati memikirkan nasib 
ummat Islam yang berliku hidupnya dibawah 
cengkaman musuh2 Islam dalam serba kedaifan dan yang rosak akhlaknya 
di negara maju,,bertopengkan nama Islam semata-mata.






Friday, October 29, 2010

Ragam: Cerita Hantu


sembang2 kakak dan adik(sebelum)
 : oo degil yer..harggghh..hantu..meh amek budak ni..
                            huh..jaga2 laaa..jap g hantu amek dia..hantu suka makan 
                            bdk degil!!
   : huaaaaaaaaa....nanak antu..takutttttt..huwaaaaa!!!
______________________________________________________________________

Hehehe..pernah x mengalami atau melakukan aksi seperti di atas ni..? Kalau saya perhatikan..sebenarnya agak ramai yang menggunakan tektik semacam ini untuk menakutkan anak2 atau adik2 mereka.Tujuannya supaya anak/ adik mereka dgr dan patuh pada nasihat ibu bapa/kakak/abang/yang seangkatan dengannya.

Saya ingat lagi..masa saya kecik2 dulu..sebab saya ngan abang selalu buat bising..jadi adik kami xleh tidur..dan mak larang2 kami xdgr jugak..mesti mak kata gini "bokbong..mari ambik budak degil ni.." xpun mak kata "cpt tidur,,bokbong ada duk luar tu..nk makan bdk x tdo" hua3..sesungguhnya sampai sekarang saya tidak tahu apakah bokbong itu..?? 

Okep berbalik kpd tujuan asal sy menulis entry ni..adakah anda tahu atau sedar bahawasanya budak2 kecik ni mereka berada dalam keadaan diantara percaya dan xpercaya. Jadi, apa yang ditanam oleh ibu bapa atau org sekeliling mereka, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jadi sekiranya kita nak anak kita percaya dan beriman kpd Allah SWT ..pupuklah kepercayaan mereka dalam meyakini Allah AWT. Ramai yang kreatif  dalam mereka2 cerita hantu..so y not gunakan kekreatifan anda itu untuk create formula bagaimana nk terapkan ilmu akidah, tauhid dan sebagainya dalam diri anak2.. 

Oh hampir saya terlupa...sedari atau tidak..perbuatan menakutkan anak2 dgn perkara2 hantu ni sewajarnya/seharusnya/semestinya dielakkan kerana dikhuatiri perbuatan ini akan mempengaruhi keyakinan dan keimanan  anak2 terhadap Allah SWT..iaitu lg takut dan percaya akan kewujudan hantu.
_________________________________________________________________________


sembang2 kakak dan adik (selepas)
 : jangan nakal2 okep??Allah SWT sayang budak budak yang baik..
                        yang patuh pada ibu bapa ...

     : Okepp...




 p/s : terfikir pasal ni bila musim stdy week ni org sibuk2 cite pasal hantu..
histeria sana....histeria sini..







Thursday, October 28, 2010

Baru Saya Tahu : Kuih Tradisional

Beberapa hari yang lepas..saya ada ber-ym dgn seorang kawan dan entah macam mana
kami terbincang pulak pasal isu kuih- muih..Bermula dari situ, baru saya tahu bahawasanya 
banyak nama-nama kuih yang saya x tahu..huhu..kadang2 tahu ngap je..
dan mb jugak kerana sy kurem gemar memakan kuih-muih..oleh yang demikian..
 saya pun ada laa gugu gaga google nama2 kuih tradisional kelantan ni.
Berdasarkan pemerhatian dan sedikit info daripada kawan-kawan..saya mendapati
 kebanyakkan kuih adalah berbeza pada namanya sahaja bagi setiap negeri..
tapi disebabkan i am a kelantanese..so nama2 kuih yang bakal saya
 sebutkan d bwh adlah mengikut sebutan atau dialect kelantan..(^_~)

BARU SAYA TAHU :

ni name nye pulut pagi...
lame x makan kuih ni...

ni pulut sekaya atau dikenali jgk sebagai kuih seri muka..
ada jgk yg part ats dia warna koko..yg tu kot laa sekaya..ni seri muka..
kui3..teka je ni

ni pulut lepa..atau dikenali jgk sbg pulut panggang

ni kuih bom..xtau org lain pggl kuih ape..tp mak sy pggl ni
kuih bom..huhu..

ni kuih bunga tanjung..

ni namenye nekbat..

ni..kuih bronok..huhu..ye ke idak ni..
apekah name kuih ni lam bhs standard ye?
huhu

ni..name nye sagupal..ni pun tringin nk tahu
org negeri lain pggl ape kuih ni??

sebenarnya ada banyak lagi kuih-muih tradisional kelantan..ni beberapa d antaranya lah..saya percaya
negeri2 lain pun mesti ada gak kan kuih ni..tp maybe namanya dah jd lain..


p/s : berhati2 memilih makanan..pastikan ianya halal. 
Dalam Al- Quran ada ayat yang menyatakan
"Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, 
yang halal dan baik-baik. 
Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya 
syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata."
(surah Baqarah : 168)










Life : 1-6-12

Allop hai.....

minggu yang memenatkan sudah hampir berakhir
tggl nk stdy for final exm je lagi..
pastu rest seketika sebelum kembali mengadap assgmnt..
jadi masa2 terluang yang ada ni..saya dan bdk2 rumah rancang laa
buat 1 jamuan rumah..sebab sebelum ni kami jarang dapat berkumpul same-same
semua sibuk..jadi ni laa masanya nak merapatkan hubungan silaturahim..heheh
jadi..diskas punye diskas..berjaya jugak laa jamuan tu diadakan pada hari rabu yang lalu..
tentatif program adalah seperti berikut..ngeh2 :

*masak sama2
*sembahyang maghrib dan isyak berjemaah
*sembahyang hajat 
* bacaan surah Yassin
*makan2
*aktiviti tukar2 hadiah

(antara bhn2 yg digunakan utk masak bihun sup..)

(antra mknn yg dah siap hidang..)

(  ni sesi tukar2 hadiah...^_^  )

secara keseluruhannya..jamuan ni berjalan dgn lancar..dan sume org hepi..
hepi2 jugak..study jangan lupe okeh? hehe 

T.A.M.A.T

p/s : sedetik bersama seabad terasa.





Tuesday, October 26, 2010

Review : Warna dan Waktu Solat


Di Keheningan malam...

rummate : prasan x..kebanyakkan tadika byk guna warna ungu?

saya : ye ke? bukan ke warna ungu ni dikaitkan dengan kemurungan,,kesedihan ke?

pastu berlanjutan laa perbualan kami tentang warna2 ni..macam2 teori warna keluar.dan saya pun google laa macam2 pasal warna ni..dan saya terjumpa artikel ni..yang mana menarik perhatian saya.sebab..biasanya orang cakap pasal warna dan personaliti..tp yang ni..penulis kaitkan warna dengan alam dan solat..klu free2 tu sila laa bace yer : 


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Isra’ & Dhuha : Warna alam seterusnya berubah ke warna hijaudan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar : Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 
Waktu Maghrib: alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak : alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasukifasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . 
Dipetik daripada : http://abuaiman.wordpress.com/


p/s : akhirnya kami buat konklusi : ungu = kanak-kanak ribena....

Life : Jangan Bersedih

 Orked rasa sedih ke ??
"yep saya..."
kenapa orked sedih...?
"erkk.........."

Kenapa sedih?
rasa diri serba kekurangan?
xdapat apa yang diingini?
hurmmm...cuba lihat sekeliling...kenalan2 kita..
bibir mereka mungkin sentiasa dihiasi dengan senyuman indah..
tapi deep inside..siapa tahu kan??
ramai lagi yang ada masalah tapi mereka tetap sabar menghadapi hidup ni sehingga
tak kelihatan rona-rona kesedihan di wajah mereka..
(sy pernah jumpa org yg sebegini,,so kagum)
tapi lagi ramai saya jumpa orang yang mengeluh...(saya juga begitu kdg2)

               
          #kita merungut adik kita nakal- org lain mungkin x pernah memliki adik-beradik

#Kita merungut byk homework- org lain mungkin x berpeluang nk belajar/bersekolah pun

# kita makan makanan yang x best- org lain mungkin tiada apa yang dimakan pun

#kita terpaksa jalan jauh nk ke kls/tmpt kerja- org lain mungkin hilang upaya dan terpaksa
bergantungg hidup pada orang lain

#kita rasa x cukup dgn kasih syg ibu bapa- org lain mungkin x pernah melihat wajah ibu bapa
mereka apatah lagi merasai kasih sayang mereka.

Jadi..janganlah sentiasa rasa "down"..bersyurkurlah dengan apa yang kita miliki.
Hidup ni adalah pentas ujian..jangan hanya membandingkan diri dengan tuah orang.
Pandanglah juga mereka yang lebih kurang bernasib baik drp kita..
semoga ia akan mendatangkan keinsafan..

ada paham Orked??
"ye...paham sudaah"

p/s: Firman Allah SWT : "Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah: 15)



Monday, October 25, 2010

Life : "Orked, sila study"

Hari ni saya bgn awal2 pagi (awl dr biasa laa..kui3)...bersiap2 dgn penuh semangat nya...nk g kls..
        sbb hari ni kls terakhir dgn pensyarah tu..

(llalalalalala)

sampai kat kelas...ketua kumpulan bagitau..kls cancel..adesss..
men"down"kan semangat kami semua tul laaa...
Dr. xde kt kampus..ingt ari las ni nk laa salam2 dlu ngan beliau...

("alaa...Dr. xde lakk..xleh laa nk salam2"...
(dlm ati:ceh,awat x bg tau awl2..xyah ssh2 nk bgn awl2 pg))
kuang3

Pastu on da way balik kolej tu,,kt ats bas,,,terdengar laa plak satu lgu bes ni kt radio
xtau tajuk lgu dia apa...tp lirik dia cam ni laa lbh kurang..
"burung2 camar..hiburkan hatiku....burung2 camar....blaaa blaaa
hanya dia..diaaa...blaa blaaa"kih3
pastu set dah otak ni...balik kolej nk gugu gaga google lagu ni....
tp x jumpaaa...ohooo...agak ke-frust-san yerr..

hurmmm,,,apadaa orked ni...
eh,,esok orked ada test phonetic kan?kan?
subject tu ssh kan?kan?


("eh ye ke??esk ke?a'aah laa...terbuat2 lupe lak")

pastu orked  x stdy lg kan?
sibuk online..gugu gaga google mende ntah pape kan???
dah pandai sgt laa tu kan??

("mane ade orked pandai,,,,,,")

ooo..xpandai yer??
dah tu kenapa x g study???
menulis blog bagai...stdy malas plak
haipppp!!!

("huhu,,,ye la..ye laaa...nk stdy r ni"

p/s: Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan 
memudahkan baginya jalan ke syurga (Hadis Riwayat Muslim)












Sunday, October 24, 2010

Review : Tautan Hati


Ni antara novel yang saya baru beli sem ni...novel ni..bagi saya bukan setakat
novel..tp boleh jadi nota/ sumber rujukan dalam menjalani hidup ni....^_^
antara petikan dalam novel ni yang saya suka adalah seperti berikut:

"Ramai orang berpandangan kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan kita,
tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang.Tanpa percintaan,mustahil
keserasian dikesan.Mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam Islam, ada taaruf
dalam tempoh risik dan bertunang yang mana melibatkan mahram,bukannya berdua-duaan.
Taaruf itulah mendedahkan keserasian. Cuma taaruf dan serasi dalam fikiran manusia berlainan.
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan.
Bukan taaruf melalui bercinta sakan. Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,bukan serasi
dengan kehendak pasangan."

p/s : pendidikan anak-anak bermula sejak dari kita memilih bapa/ibu untuk mereka.

Ragam : Duit


Seorang budak sedang berlari dgn riang..
destinasinyaa adalah kedai runcit pak abu...

("shokelat.....wait for me!!")

setibanya di kedai pak abu..budak itu mengeluarkan dompetnya...
dan mendapati...duitnya dah xde!!!!! aiyakkkkk

(arghhh,,,duit2..di mana kau duit????)

Budak itu cuba mengingati tempat2 di mana kebarangkalian
duitnya telah jatuh,,,

(" td lalu kt dpn juju jusco..dpn rmh mak kiah..pastu..bla blaa...")

setelah 10 minit duk pikir2,,,budak tu ttp xtau kt mana duit dia mungkin jatuh,,
dan kerana terlalu tensyen..dia menangisss...olololo...

("huwaaaa...xde duit...xleh beli cekelat...huaaa...nk cekelatt!!!!")
  
tiba2 ada seorng abang yg agak hensem lg budiman lalu kt situ dan bertanya:
("allop adik shomel...kenapa nangess ni..??")

( "sobs..sobss...duit kite ilang..xboleh beli cekelat laa kite")

(" oo..itu masalah kecik..jangan bimbamg..abang budiman ada di sini...
nah amek 50 sen..pegi beli cekelat..jangan nanges2 lagi..okep??)

("yeayy...tima kaseh abang budiman..abang mmg laa sgt budiman....")

tetapi...beberapa saat kemudian..budak tu berubah sikap..
dia kembali menangis..

("kalau duit kite td xhilang..campur ngan duit yg abang bagi ni...mesti
duit kite jadi lebih banyak....huwaaaa"

abang tersebut....:
(" ni ada gak aku tampo2 dak ni..grrrr")

p/s: 1) bersyukurlah dengan apa yang ada. kalau kita kehilangan sesuatu..anggaplah bahawa benda itu bukan rezeki kita.
2) bukanlah dinamakan kaya itu kerana limpah ruahnya harta tetapi yang dinamakan kaya itu 
adalah kaya jiwa ( Riwayat Bukhari)











Saturday, October 23, 2010

Nostalgia : Emak

Ini emak...emak yang saya sayangi sepenuh hati saya
"mak..say hi!!!"
( "shhhh...hi mendenya...xnmpk ke mak wat ape ni")

masa saya kecik2..mak saya agak garang laa..
ermm,bkn grg sebenarnya...tegas..hehe..
( cpt basuh kasut skolah..!!! jangan maen pasir!!
buat homework cpt.!!!.........)

disebabkan masa tu saya budak hingusan lagi...
saya selalu rasa mak x sayang saya..sbb saya je semua kene wat kerje..
abang x buat pun...
 
(" x aci...mak x syg saye..huwaaaaaa)

Pada suatu hari, masa kat dalam kelas..ustazah saya cakap
kita kena sayang mak ayah kita,,,x boleh berprasangka buruk
pengorbanan ibu bapa xterbanding dan tak ternilai harganya.
PENGORBANAN??
(Saya mula berfikir dengan khusyuknya...pengorbanan emak??
hurmmmm.....)

_______________________________________________________________________________
IMBAS KEMBALI.....
_______________________________________________________________________________
mak masak untuk saya sekeluarga...tiap kali
balik drp skolah..mknn msti dah terhidang..

kalau pegi pasaraya...mak x penah sebok2 nk beli 
baju ke..ape ke utk diri dia..dia pk nk beli brg2 keperluan 
rumah je..

pastu..kalau hari persekolahan...saya x pyh buat kerja rumah pun
mak kata fokus belajar,,yang lain..dun worry,,
mak boleh uruskan..

masa sukan tadika...saya masuk pertandingan lumba lari...
masa tengah lari tu..saya nampak mak saya...wahh..dengan penuh 
perasaan dia support saya...hihi..dan saya dapat no 2 kui3

hari tu..saya nampak muka mak pucat..mak x sihat
tapi mak kata dia ok jep..xde pape..dan dia masih wat keje2 rmh 
seolah2 xde pape..
 _________________________________________________________________________

saya terdiam seketika..
betapa banyak pengorbanan emak utk saya..tapi saya
pk macam2 plak kt mak
mak marah sikit
kata mak x sayang laaa
apa laaaaa...
memang x patut saya ni..
(mak...saya sayang mak!!!!)

p/s: who should i gv my luv to, listen most to, nvr say no to after Allah and Rasulullah
comes ur mother..who next?ur mother..who next? ur mother..and then ur father...