Sunday, October 31, 2010

Life : Nak Tengok Bola..(T_T) Part 2

  

  Memandangkan isu bola sepak Liga Malaysia masih lagi hangat diperkatakan..jadi saya tergerak hati untuk mendapatkan sedikit info tentang sukan bola sepak ni. Hasil daripada pembacaan saya..terdapat pelbagai spekulasi mengenai sejarah sukan bola sepak..antaranya:


  1. Sejarah bola sepak dikatakan bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.
  2. Menurut Bill Muray, pakar sejarah sepak bola, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, sepak bola sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.
  3. Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.
   Selain itu saya juga tertarik dengan fakta (atau mungkin juga pandangan semata2) tentang mengapa manusia mudah tertarik dengan permainan berunsurkan bola.Seorang pakar psikologi mendakwa bahawa   manusia memang suka kepada benda yang berbentuk bulat. Kalau kita perhatikan..bayi dan kanak-kanak akan suka bermain dengan sesuatu yang mudah bergolek berbanding benda berbentuk lain. Malah, jika menghadapi tekanan kita disarankan memegang bola, guli atau seumpamanya untuk menghilangkan tekanan tersebut. Jadi x hairan laa kalau sukan bola sepak digilai ramai..[logo yahoo messenger pun bulat..hehe..no wonder la kan klu jadi "hantu" chatting..=)) ]

  Jadi persoalannya di sini..adakah salah kita menonton/ meminati sukan bola sepak? Menurut pendapat saya..tidak salah kalau sekadar meminati..tetapi jika sampai tahap fanatik tu..mungkin boleh menjadi salah laa..bak iklan coca cola tu..makan bola..tidur bola..segala-galanya bola laa.Kita boleh lihat sendiri senario harian masyarakat kita,,di kedai kopi..bilik darjah dan boleh dikatakan di mana2 tempat org sibuk memperkatakan tentang bola.Lebih hebat lagi bila menjelangnya World Cup..sanggup tak tidur nk tengok game bola. Mungkin akan ada yang bertanya,,salah ke x tidur?hehe.. x salah tapi perasan atau tidak..di sini kita boleh membuat perbandingan. Pernah ke kita x tidur sebab nak mengaji Al- Quran? pernah x kita kunci jam sebab nak bangun solat tahajud di sepertiga malam? pernah x kita rasa x sabar2 nak tunggu waktu solat ?( bulan puasa je laa sume x sabar tunggu waktu maghrib).Pernah tak?Jadi di sini sebenarnya jelas menunjukkan kita lebih mementingkan urusan dunia daripada urusan agama/akhirat.Ingin saya tekankan di sini..xsalah meminati atau bermain sukan bola sepak atau apa2 sukan kerana x dinafikan sukan mampu memupuk semangat kerjasama..perpaduan dan mendatangkan kesihatan selagi kita meletakkan agama dan syariat Islam di puncak teratas kehidupan.
   
    Itu al-kisah lelaki..perempuan pulak..lebih kurang jugak sebenarnya..mungkin mereka x sebok2 pasal bola (biasanya wanita sebok2 hal pemain bola je..mane yg hensem dia kenal la..yg x tu..almaklum laa..huhu) tapi trend hariannya berkisar pasal cinta..make up..haa..lagi satu..band korea..suju laa snsd laa..ape2 laa..(wah tau plak saya..kui3)

   Dipendekkan cerita..susah laa nak jumpa orang/komuniti yang duduk bersama-sama membincangkan masalah atau persoalan agama.Malahan kat masjid/surau pun masih lagi rancak mereka membincangkan hal duniawi..Lebih menyedihkan bila mana orang2 yang cuba menghidupkan agama diperlekehkan oleh saudara seagama sendiri..mula laa terdengar suara2 berkata "eleh..macam bagus sangat ".."kolot gler dgr nasyid" .."ermm..xpe laa..awk je laa jadi baik..saya biarla masa menentukan" ..sungguh sampai hati mereka berkata begitu..tidak sedarkah mereka agama yang diperjuangkan/ dihidupkan oleh mereka yang menyampaikan itu adalah agama mereka jugak!

   Saya mungkin orang yang tidak layak untuk membicarakan hal ini atau mengkritik sesiapa pun jua tapi coretan ini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri ( yang juga tergolong dalam situasi di atas) dan kepada para sahabat seagama sekalian. Jika ada salah silap yang saya lakukan samada sedar atau tidak..saya juga mengharapkan teguran dan nasihat daripada rakan2 sekalian.Tidak salah kalau kita saling tegur-menegur ke jalan kebaikan kan? ^_^.  

   Mungkin jugak apabila membaca ini, ada yang akan kata..ada aku kesah????hehe terpulang..tapi saya kisah..kenapa saya kisah?? menjawab persolan ini..saya meminjam kata2 saudara Hilal Asyraf di dalam novelnya yg bertajuk Sinergi.
                                                                                     
                                                                                  
 kenapa saya kisah..kerana:

"Aku dengan kau 
adalah tanggungjawab aku kepada Allah SWT.
Kenapa aku tidak melepaskanmu?
Jawapannya hanya satu
Sebab aku saudara kamu."


p/s :  " Dan berikanlah peringatan , sesungguhnya peringatan itu bermanfaat 
untuk orang yang beriman" (Adz- Dzariyyat : 55)


No comments:

Post a Comment