sembang2 kakak dan adik(sebelum)
huh..jaga2 laaa..jap g hantu amek dia..hantu suka makan
bdk degil!!
______________________________________________________________________
Hehehe..pernah x mengalami atau melakukan aksi seperti di atas ni..? Kalau saya perhatikan..sebenarnya agak ramai yang menggunakan tektik semacam ini untuk menakutkan anak2 atau adik2 mereka.Tujuannya supaya anak/ adik mereka dgr dan patuh pada nasihat ibu bapa/kakak/abang/yang seangkatan dengannya.
Saya ingat lagi..masa saya kecik2 dulu..sebab saya ngan abang selalu buat bising..jadi adik kami xleh tidur..dan mak larang2 kami xdgr jugak..mesti mak kata gini "bokbong..mari ambik budak degil ni.." xpun mak kata "cpt tidur,,bokbong ada duk luar tu..nk makan bdk x tdo" hua3..sesungguhnya sampai sekarang saya tidak tahu apakah bokbong itu..??
Okep berbalik kpd tujuan asal sy menulis entry ni..adakah anda tahu atau sedar bahawasanya budak2 kecik ni mereka berada dalam keadaan diantara percaya dan xpercaya. Jadi, apa yang ditanam oleh ibu bapa atau org sekeliling mereka, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jadi sekiranya kita nak anak kita percaya dan beriman kpd Allah SWT ..pupuklah kepercayaan mereka dalam meyakini Allah AWT. Ramai yang kreatif dalam mereka2 cerita hantu..so y not gunakan kekreatifan anda itu untuk create formula bagaimana nk terapkan ilmu akidah, tauhid dan sebagainya dalam diri anak2..
Oh hampir saya terlupa...sedari atau tidak..perbuatan menakutkan anak2 dgn perkara2 hantu ni sewajarnya/seharusnya/semestinya dielakkan kerana dikhuatiri perbuatan ini akan mempengaruhi keyakinan dan keimanan anak2 terhadap Allah SWT..iaitu lg takut dan percaya akan kewujudan hantu.
_________________________________________________________________________
sembang2 kakak dan adik (selepas)
yang patuh pada ibu bapa ...
: Okepp...
No comments:
Post a Comment